KOUGAR Sinopsis KougarKisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya Berumur tahun dan masih bujang Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar

  • Title: KOUGAR
  • Author: Shaz Johar
  • ISBN: 9789671038406
  • Page: 427
  • Format: Paperback
  • Sinopsis KougarKisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya Berumur 40 tahun, dan masih bujang.Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.Tetapi Kisha kekadang impulsif Tanpa disedari, diSinopsis KougarKisha wanita moden yang konfiden dan bahagia dengan kerjaya dan kehidupan sosialnya Berumur 40 tahun, dan masih bujang.Ibunya di kampung mahu menjodohkannya dengan seorang duda bergelar imam Tetapi minatnya lebih cenderung kepada anak muda berusia 25 tahun bernama Azril, yang bekerja di pejabat yang sama.Tetapi Kisha kekadang impulsif Tanpa disedari, dia telah menerima undangan dari Datuk Emir untuk keluar berhibur di karaoke Dari situ, mereka akhirnya terlanjur Apakah kecuaian Kisha itu dapat dirahsiakan atau akan ada impak yang terjadi di dalam jangka panjang nanti KOUGAR tidaklah seganas mamalia yang memburu di rimba Tapi jika dicabar, tanpa segan silu dia akan mengaum dan mencakar ______________Novelis Shaz JoharShaz Johar adalah seorang penulis blog tegar dan baru berjinak jinak dalam dunia penulisan novel Lahir di Kuala Lumpur sebelum wujudnya LRT dan KLCC, kini dia sedang bekerja di dalam industri perkhidmatan pelanggan di sebuah bank yang terkemuka Shaz giat menulis blog dengan nama pena Jejaka Anggun dan pernah menulis dua cerpen di dalam bahasa Inggeris yang telah dimuatkan di dalam majalah online Anak Sastra Di waktu lapang ketika dia tidak terlalu terikat dengan kehidupan jetsetternya, dia lebih senang mengasah bakat nyanyiannya di dalam bilik karaoke sehingga ke awal pagi Kougar merupakan novelnya yang pertama dan kini dalam pembikinan novelnya yang kedua.Cetakan Pertama Mei 2011Cetakan Kedua Mac 2012

    • [PDF] Download Ä KOUGAR | by ↠ Shaz Johar
      427 Shaz Johar
    • thumbnail Title: [PDF] Download Ä KOUGAR | by ↠ Shaz Johar
      Posted by:Shaz Johar
      Published :2018-09-11T03:15:41+00:00

    One thought on “KOUGAR”

    1. Ingin saya tegaskan ini kali pertama saya beri komen sekejam ini. Pada pendapat saya ini bukan buku, tapi hanya karya menurut nafsu. Pemilihan kosa kata yang teruk, emosi yang kurang, jalan cerita yang teruk, dan dialog yang kurang cerdik. Kenapa? 1) Siapa yang jumpa 'orang asing' di Stesen KTM dan terus menonton wayang? Ok mungkin ini boleh diterima lagi 2) Perempuan mana yang kena rogol tapi bersedih setakat menekup muka? Lagi lagi dalam cerita ni, Kisha boleh dikatakan seorang yang 'kenal tik [...]

    2. Seperti Ajib, aku rasa menyampah dengan watak utama novel ni. Kisha. Oh, please! Wanita yang digambarkan wanita moden yang konfiden, berkerjaya tetapi lemah. Lembik. Seriously, aku rasa macam nak ketuk-ketuk je kepala si Kisha ni. Geram betul!Aku tak tahu bagaimana nak gambarkan si Kisha ni. Nak kata bodoh tapi lagaknya macam pandai tetapi caranya, gayanya agak merapu. Mana la ada perempuan yang boleh relaks je bila kena rogol? Setakat sedih, menangis, sembap mata then everything is back to norm [...]

    3. Ini buku FIXI yang hamba beli menggantikan Sitora Harimau Jadian dan Kelabu yang kehabisan di rak Popular. Sedang cuba berkenal-kenalan dengan buku-buku FIXI membuat hamba tidak kisah mengambil risiko dengan 'Kougar' yang menerima purata bintang di bawah tiga. Meski hamba agak menyesali tindakan sendiri kerana tidak meneliti review-review yang ada tetapi seperti selalu hamba tidak merasakan pembelian apa buku pun adalah sia-sia. Sedikit atau banyak, baik atau buruk pasti ada sesuatu yang kita pe [...]

    4. Kugar jika di selak kamus bahasa melayu bermaksud sejenis binatang liar yg termasuk dlm famili kucing, begitulah penulis cuba menggambarkn watak Kisya yg liar & bebas pergaulannyaWatak Kisya yang di bawa penulis mengingatkan aku pada Rozita Che WanhahahahIni kerana hubungan Kisya dengan anak2 ikanGambar kulit novel pn menunjukkan sesuatu sangatJika tiada unsur2 sx dalam novel inibukan FIXI namanyawalaubagaimanapun, novel ini berkisar seorang ANDARTU yg berjaya dalam kerjaya.unyai pak we muda [...]

    5. From the rating, you will know this is one scathing review. You guess, right. I am quite surprised by it actually. Usually I am much nicer to debut authors but.Its quite fascinating how some literature can get published these days which proves to be motivating at some point. I've rated by my feeling of the book, mind you. I know the ideas and effort that the author tries to put into the book but some moments it does seems like paddings and its very disappointing when the story goes where it does [...]

    6. All the reviews here covered apa yg saya fikirkan tentang Kisha.k describe si Kisha ni pun tak tahu macam mana.l I can say for a 40 yrs old, jiwa Kisha ni kosongdia tak tahu atau belum jumpa apa sebenarnya yang dia hendakkin pada dia, dia tahu tapi setiap keputusan dan tindakan semuanya serabutkan lagi fikiran dia.k kata tak matang ada part boleh tahan jugaentah lah. Honestly, saya rasa nak tergelak most of the time walaupun ini bukan cerita yg ada lawakhailah.gi2 bila dapat teman seperti Suraya [...]

    7. 2.5*Tahniah Shaz Johar kerana berani mengetengahkan kisah antara wanita berusia dengan lelaki muda; anak ikan. Kougar buku kedua dari Shaz Johar yang daku baca, setelah Mental. Ternyata, buah tangan pertama dari Shaz Johar ini ada kurangnya, sedikit. Kisha. Wanita moden yang melepasi usia sebagai anak gadis yang mana, masih lagi hidup berseorangan, mempunyai minat terhadap lelaki muda. Yang pertama, Azril. Seorang lelaki yang 15tahun lagi muda dari Kisha. Permulaan perkenalan mereka sewaktu terp [...]

    8. Jujurnya, aku agak kecewa dengan persembahan Kougar. Permulaan yang perlahan, pertengahan yang mediocre dan pengakhiran yang agak ringkas. Bagi aku, Kougar adalah buku yang agak lemah dalam siri FIXI. Jalan cerita, intipati Kougar tu ada sebenarnya, tapi corak penyampaiannya agak bosan, bagi aku.Aku suka isu-isu yang disampaikan melalui novel ini. Tentang gadis lanjut usia, tentang perhubungan sosial yang melewati batas agama, tentang perbezaan generasi, tentang penderaan domestik, tentang norma [...]

    9. Kougar adalah sebuah hidangan santai. Walaupun plot penceritaan kurang berkesan (dari segi perwatakan dan keterangan watak), dan kemuncak atau klimaks plot terus jatuh mendatar, pengakhiran Kougar diceritakan dengan begitu lancar dan mantap. Aku suka cara penulis menyudahkan cerita. p/s: Ada sekali ketika membaca buku ini, aku tertidur kerana keletihan. Tidak lama selepas itu, watak-watak (seperti Kisha, Azril, Suraya dan Abang Mike) yang terdapat di dalam Kougar ini muncul dalam mimpi aku. Heba [...]

    10. Saya akan melakukan ulasan novel yang bertajuk Kougar ini tanpa menulis sinopsisnya terlebih dahulu. Untuk melihat sinopsisnya,boleh lakukannya dengan melihat deskripsi novel ini yang sudah disediakan.Selepas CEKIK,saya fikir,Kougar merupakan novel terbitan FIXI yang paling kontroversi. Jika diperhatikan,kebanyakan pembaca memberikan ulasan yang negatif mengenai novel ini. Saya memahami kenapa mereka berbuat begitu. Malah,ada juga hujah/alasan mereka saya persetujui di dalam ulasan mereka. Pada [...]

    11. Cerita biasa-biasa saja dan begitu tipikal. Boleh dihabiskan dengan sekali harung kerana jalan cerita begitu lancar dan mudah dijangka. Seolah menonton slot Cerekarama, pendek kata ia amat sesuai sebagai bacaan ringan di waktu lapang dan tanpa sedar aku hampir habiskan satu pek coklat Daim.

    12. Sejujurnya I expect more thrill. It's just a story about an aged woman with many intended and accidental relationships. To be honest I expected Kisha to turn murderous or something smh. Agak mengecwakan sedikit sebab terlalu banyak adengan yang tak berapa signifikan.

    13. Kougar. Ia sebuah novel yang OK. Tidaklah terlalu menyukainya tetapi tidaklah pula membencinya. Bagi saya, permulaan novel ini mampu untuk menarik minat untuk membacanya. Sayang sekali ia menjadi sedikit kucar-kacir apabila Kisha berkahwin dengan Razif namun ditebus kembali pada pengakhiran novel ini yang diselesaikan dengan cara yang cukup simple. Lain-lain komen saya terhadap novel ini:1) Watak Kisha pada saya tidaklah mempunyai banyak ciri-ciri seorang perempuan kougar. 2) Penuh dengan haremL [...]

    14. Kesemua RM200 voucher buku gua dihabiskan untuk 10 buku keluaran Fixi. Buku ini yang pertama dibaca daripada 10 judulnya. Kisah hidup seorang wanita (MILF)terlampau yang bernama Kisha. Jalan cerita yang agak menyampah dan membosankan (maaf). Dengan umur yang selayaknya di gelar andartu Kisha masih mencari cinta. Digambarkan sebagai wanita yang kenal tikar sembahyang, namun gaya hidup agak sosial gua kira. Orang yang dicintainya meninggalkan dia kerana seorang lelaki. Kembali selepas beberapa tah [...]

    15. Buku ni memamang santai and ak just dapat abeskan dlm masa 2 malam je. Citer dier penuh dgn drama n konflik but the author pandai nk tnjkkan yg pompuan moden duk kat bandar pon bole idup sengsara klu dah idup dgn suami kampung/berlagak alim wlupn pompuan tu claim she can live independently. oh seswai juga utk dibaca for andartu2 di luar sana klu nk sedapkan ati it's ok tak kawen n bujang smpi tua. haha

    16. biasa je bagi aku. dapat la gambaran camne hidup seorang kougar, andartu, yang gilakan anak ikan. and in the end of the day, a cougar is still a cougar, still want the young ones. kahkah. penceritaan yang mendatar and yes, terasa seperti tengah tengok drama kat tv3. aku bukanlah seorang penulis, tapi aku rasa ada certain part yang seperti terlebih olahan pulak, terlalu panjang, sampaikan aku skip.

    17. beli buku ni dengan voucher buku rm200hahabut worth to buy i thinkbuku pertama shaz joharcerita agak straight forwarddari pagi smpai malam pastu malam balik.d repeat for the whole bookh anak dara tua yang tak kawin2.pai dipertemukan jodoh oleh mak dan konflik berlaku bila dia kawin and mengandungoverall buku ni best and cover die sgt seductive yaw:)

    18. Watak-watak dalam cerita cepat muncul dan cepat hilang (dan tiba-tiba muncul kembali). Konflik dan masalah merata-rata. Penat jadi Kisha.

    19. Kisha ni umur dah 40-an tapi masih lagi cun melecun. Dipertemukan dengan Azril yang berusia 25 tahun, membuka hati Kisha untuk menamatkan zaman bujangnya. Tapi Kisha tersilap langkah dan dia ditinggalkan.Mungkin sebab desakan mak, mungkin sebab usia, Kisha terima saranan mak lalu bernikah dengan Razif. Panas hingga ke petang, hujan pula ditengahari. Razif ni indah khabar dari rupa. Baran rupanya. Pantang silap sikit, habis keluar bunga silat.Kisha berjaya selamatkan diri dengan bantuan Yusri. Si [...]

    20. Jujur aku bilang ketika aku berada di gerai Fixi di Pesta Buku Antarabangsa 2011 tempoh hari, Kougar adalah naskhah pertama yang aku capai. Aku terpanggil untuk membelinya bukan kerana kulit depannya menampilkan separuh wajah wanita sedang mahu menggigit sebiji ceri dengan gaya penuh suggestive, tetapi kerana judulnya. Aku penggemar siri Cougar Town lakonan Courteney Cox, makanya aku separuh berharap agar novel ini juga mempunyai intipati yang serupa: wanita berumur yang jelita, lincah dan mengg [...]

    21. "sampah!" tergamam pulak bila terdengar seorang perempuan bagi komen tentang buku nih.Bukannya apa, Siz masa itu sedang khusyuk membaca buku Kougar karya Shaz Johar ni. Tak relevan rasanya untuk menggunakan perkataan SAMPAH sebagai satu perkataan untuk describe buku ni. Anyway, baik Siz bagi my own review about this book. Shaz Johar has fresh ideas and storyline. Seriously! Siz Lebih suka buku Kougar sebab? Shaz telah menceritakan bagaimana seorang wanita yang suka 'anak ikan'. Hahahahaha. Sebab [...]

    22. Watak Kisha ni membuatkan aku teringat ngn bekas opismate aku dia lebih sukakan llki yg tua drpdnya dan yg punya pekerjaan tip top - cth pilot, engineer, bisnesman etc cuma persamaan dr segi umur je. Kisha ni lg baik kot dr diawpun dah lanjut usia tp takde lah desperate sgt nak nikah. huhuaku terasa gaklah betapa sukarnya menjd perempuan yang bakal menjd andartu krn umur yg makin lanjut. desakan ibu dan pandangan serong msyrkt kmpung membuatkan aku rs menyampah plak. Melayu mmg x sah kalo x busy [...]

    23. 1st time baca buku tentang seorang anak dara yang berusia 40tahun. Tentang kehidupan dia dan tentang kisah pecintaan dia yang bagi saya agak menyayat hati jugak. Dipaksa berkahwin dan hurm, gugurkan kandungan (saya tak berkenan yang ni.) well, jujurnya saya menganggap Kisha ni agak bodoh kot (patutlah sinopsis tulis Kisha ni impulsif). Dia tak tahu pun yang dia terlanjur dengan Emir tu. Dan agak bodoh jugak untuk mengatur hidup (nasib baik fantasi je kan. Kalau ada yg real mcm ni, hurm laaa). Ta [...]

    24. Dalam kamus awam, perkataan cougar merujuk kepada haiwan yang tergolong dalam spesis kucing besar, juga dikenali sebagai puma, mountain lion, kucing gunung ataupun panther. Penemuan dalam kamus urban pula menggolongkan cougar ialah spesis wanita berumur yang mensasarkan lelaki muda untuk dijadikan score board mereka. Ia samalah seperti permainan baling dart. Setiap peserta akan diberi 3 batang dart. Setiap lontaran haruslah ditujukan ke sebuah papan sasar yang berbentuk bulat, yang dipecahkan ke [...]

    25. Kisha who is in love with a man much younger than her. She is being force to marry a person of her mother's choice but the husband abused her. Generally that is the story. The good thing about this story is the conflict. The conflict keeps you want to read more. The author portrays the character Razif as a wife beater. The author should have portrayed Razif as a mean abuser. At the end, I symphatize Razif more than Kisha. Yes, she was abused but not that extreme to the extent of running away fro [...]

    26. Having read Mental way before Kougar really makes the gap quite wide. Kat situ boleh nampak sejauh mana Shaz Johar ni improve on his way of writing. Frankly, this book does not meet my expectation at all. Tapi sebab dah baca Mental somehow rasa macam terubat sebab dalam Mental, the plot has been carefully written and the characters play their part very well. So basically Shaz Johar, I can say that you have improved a lot in your writing. Tunggu baca Tabu pulak.

    27. Mungkin agak pelik bila orang yang tidak dikenali berjumpa pada kali pertama dan terus bersetuju untuk tengok wayang bersama. Tapi disebabkan cerita ini fiksyen,benda yang pelik boleh jadi kan.Jalan cerita agak menarik walaupun bukan tak berapa gemar genre ni tapi klimaks dan penyudahan cerita terlalu ringkas bagi aku. Spoiler, jangan harap baca buku Fixi ending nak seronok je. Itulah realiti. Aku lagi suka Mental kalau nak dibandingkan dengan Kougar ni.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *